Runner

image

Hidup ini ibarat pelari…Xlari, mungkin akan dibaham pemangsa atau ketinggalan dek masa

Begitulah manusia…Singgah didunia yang fana ini ibarat seorang pengembara, berlindung dibawah teduhan pokok utk lepaskan lelah dan kembali berlari ke destinasi final.

Alhamdulillah, harini den diberi peluang utk sertai athletics event, walau lari atas balapan berlantaikan tanah merah nan berdebu…haha…satu langkah sekali typhoon debu daa…

Adat mainan, ada menang ada kalah. Tapi yang plg penting ialah azam dan semangat yg kuat lagi jitu nak sampai ke end point. Camtu gak hidup, ape yang kita buat xkisahla apepun akhirnya hanya utk satu tujuan, MENCARI KEREDHAANNYA!!!

Bila berlari, time tu la kita rase diri lemah, sebab semakin kuat kita push, semakin setiap muscle hantar inhibitory signal utk stop or we gonna die!! Setiap langkah dipenuhi dengan deruan O2 yg meluru masuk penuhkan tiap lobang alveoli, tatkala akal cakap…dah2 la tu…kau dah penat, biar jelah orang lain menang. NEXT TIME cuba lagi ye…

Tapi ibrahnya, mcm tu la jugak kita nak capai sesuatu kejayaan atau nak berubah. Makin kita nak berubah kearah kebaikan, semakin ramai suara negatif yang mengalirkah kutub negatifnya utk menarik kutub positif kita agar berdamping dengan mereka. Tak semua orang macam tu’

Yang paling penting, semangat yang tinggi xkan mudah luntur. Tp klu dr awal dah ckp ‘aku rase xboleh la’, insyaAllah 99.9991% memang kita xkan boleh..

Macam lagu Ella
Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan…sambung sendiri!!!

Akhir kata…den dgn korang pikir la sendiri…Ni ada sikit quotation nak share buat mimpi2 di malam hari

Great brain talks about making history and ideas
Standard brain talks about event
Small brain talks about other

Perggh….makan dalam sedalam kira2 500 m kedalam perut planet Namik…

Assalam….

2014….Tahun Perubahan

image

Fuh3….Sapu habuk sikit kat belog ni!!

Syukur ke hadrat Ilahi, nyawa ini masih disambung untuk bertemu tahun 2014. 2013 yang berlalu banyak memperlihatkan betapa lemah dan kerdilnya diri ini dengan masih penuh dengan noda2 dan titik2 hitam dosa.

*Mohon diri ini diberi keampunan olehnya, serta diberi kekuatan dan masa melaksanakan taubat dan perubahan…

Saban tahun, azam yang lalu di’recycle’ dan ditopup dengan azam baru. Sama la dengan den, banyak azam yang berlegar2 di kepala…tinggal nak buat atau x je…

Berikut merupakan azam den bagi tahun 2014…

1. Kuasai bahasa Mandarin. Dah lama niat nak power cakap Cina, sbb niatnya nak berawekkan seorang amoi…haha

2. Hafaz juzuk 30. Sebab kalau nak isi borang BaitulMuslim kena hafal atleast satu juzuk…haha…tu kata orang. Tp niat sbnr adalah sebagai bekalan amal dan taqwa. Perasan x bila kita solat, asyik dok ulang Surah 3 Qul, Tabatyada dan Inna’ Taina…Malu jugak bila tengok adik2 kecik dok bantai baca Suraf As-Saf, Sajda dan An-Naziat…mana nak letak muka woi…haha

3. Tinggalkan dosa2 lampau. Ni part paling penting. Sebab dosa2 lampau ni ibarat batu2 kecil yang mengisi beg hiking korang klu nak daki Everest atau K2. Bayangkan dosa2 ni la yang buat kita pancit, lelah dan lambat nak berubah kearah kebaikan. Banyak dosa2 yg klu nak listkan, 3 bulan purnama pun xhabis. Pendek kata, ape yg kite rasa jahiliyah tu moh la sama2 kita kikis sampai habis dari diri kita SI PENDOSA ni.

4. Itu je kot!!!!

Klu tengok kat gambar kat atas dan ape yg den tulis tu mesti nampak xde correlation langsung. Haa…ni baru nak masuk isinya.

Orang selalu kata, kita ni kalau nak berubah, jangan tunggu esok atau lusa. Sebab ramai kita xtaw bila our Date of Expired (mati). Dan utk ubah dunia, jangan nak gebang klu diri sendiri pun xleh nak ubah.

So….changes only start with you first! Not Others…

Mentaliti orang kita esp Melayu selalu cakap yg kita perlu redha dengan ketentuan Ilahi…Tp dah klu bangun Subuh lambat macam den xkan nak ckp redha dengan takdir. TU BANGANG namanye.

Allah dah ckp, xkan terubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tu amik inisiatif ubah nasib depa dulu…

Jadi, wahai Aizul serta sesiapa yang membaca tulisan ini…Ambillah masa 5 saat dan renung kembali, apa perubahan yang patut dibuat demi menjadi manusia/hamba/khalifah yang berguna kepada alam sejagat dan Pencipta kita.

Sedangkan semut dalam busut pun berubah dari buat sarang dalam tanah kepada buat sarang bawah bangunan demi mengelakkan dirosakkan binatang liar. EVOLUTION namanya..

Pendek kata…Berubahlah sebelum diri anda diubah dari Hidup kepada Mati, dari Sihat kepada Sakit, dari Muda sebelum Tua, dari Lapang kepada Sempit dan dari Kaya sebelum Miskin.

Arigato….Xie Xie…Bye2