IM…Possible

#Who wants to be a doctor

image

I want!!!  
So no one I guess…

The truth is, don’t be afraid. There is nothing bad being a medical student, or devoted your life to become a doctor. Don’t judge us just by the rumor or your ancestor story, reliability just up to 33.33% or less.

Busy. Anti-social. Nerd. No GFs & blah…
Who said so? Your head la!

E.H.A

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan….
-6:32-

Erti Hidup Aku…Engkau?

Ikut istilah ‘medic’…hidup bawa maksud triad kehidupan iaitu sistem darah, pernafasan dan jantung kot masih berfungsi. Tanpa otak, manusia masih dikira hidup, cuma perlu kepada berfungsinya brain stem saje. Dan manusia itu tak lebih dari sayur, masih hidup cuma semakin melayu dan lesu.

Jadi, hidup apa yang aku, engkau dan lain mahukan. Hidup berotak, berniat atau sebaliknya. Kerna itu lebih baik mati bagi manusia yang otaknya sudah mati. Tentang kaedah euthanasia, jangan diperdebat, aku bukan pakarnya.

image

Hidup ini bukan sekadar makan dan tidur. Ia lebih dari itu. Bukan juga sekadar dapat result setinggi KLCC, bukan juga sekaya Qarun sampai tertimbus sendiri. Jadi, hidup apa sebenarnya yang kita mahu.

Hidup berpaksikan sesuatu….Tuhan, matahari, bulan. Wah, banyaknya…

Hidup berniat. Berniat sesuatu. Berniat memakmurkan dunia. Dunia yang sementara. Esok, mungkin kita tiada. Aku, engkau tak punya masa. Mungkin kadar oksigen dunia kian menipis sehingga x memungkin lebih ramai manusia untuk hidup lebih lama.

Hidup penuh pilihan. Ke Syurga Firdausi, atau ke Neraka Jahanam. Duanya sama, cuma jalan cerita berbeza. Dua entiti berbeza, kesejahteraan atau kebinasaan. Dua pengakhiran, kejayaan atau penyesalan.

Jadi, pilihlah hidup aku, dan engkau. Pilihlah yang terbaik, kerna masa sudah tiada. Andai pun ada, sudah hilang barangkali sedetik tika kau membaca ayat ini. Adapun mati itu pasti, cuma jalan ke kematian itu banyak plotnya!

Mati dalam berjaya, atau dihina.

Salam kehidupan

#comeback#kasipuitis#manipal#zuzu